Selamat datang di MailCantik.blogspot.com, terima kasih atas kunjunganya dan jangan sungkan untuk kembali lagi
,
Monday, October 18, 2004
al fatihah
Al-Fatihah merupakan surah pertama yang diturunkan dengan lengkap di antara surah-surah yang ada di dalam Al-Quran.Ia dinamakan 'Ummul Quran" (yang bermaksud induk Al-Quran) atau "Ummul Kitab" (yang bermaksud induk kitab) kerana ia merupakan induk atau ibu bagi semua isi Al-Quran, serta menjadi intisari dari kandungan Al-Quran, dan kerana itu diwajibkan membacanya setiap kali menunaikan solat.

Fadhilat Al-fatihah ialah:

"Surah Al-Fatihah adalah ubat dari segala penyakit dan penawar dari racun."

"Apabila selesai imam membaca surah Al-Fatihah, hendaklah kamu mengucapkan "amin", nescaya permintaan kamu akan diperkenankan."

"Barangsiapa datang ke suatu tempat dan mendengar orang membaca surah Al-Fatihah dari awal surahnya hingga ke akhir, nescaya ia memperolehi ganjaran pahala seumpama orang yang berperang di jalan Allah."

"Sesiapa yang membaca surah Al-Fatihah dan Al-Ikhlas ketika pulang ke rumah, nescaya terhindar daripada kefakiran dan kepapaan serta ia mendapat banyak kebajikan di rumahnya."

Suatu ketika sedang Rasulullah S.A.W. sedang berjalan-jalan dengan Abi Zaid di sebuah jalan di kota Madinah, tiba-tiba terdengar suara seorang lelaki sedang membaca surah Al-Fatihah, lantas baginda bersabda:"Kita berhenti dan dengar bacaannya hingga selesai."

Ulama pernah berkata:
"Surah Al-Fatihah sunat dibaca semasa masuk dan keluar masjid."

"Pahala orang membaca surah Al-Fatihah seperti pahala diberi kepada orang yang membaca dua pertiga Al-Quran."

"Barangsiapa yang disenaraikan sebagai ahli neraka, jika anaknya membaca surah Al-Fatihah, diberhentikan seksaannya selama 40 hari."
posted by kangmasanom @ 4:45 AM   |
About
Kangmasanom sekarang telah menjadiseorang ayah dan saat ini masih tinggal di Pnk

Mau chating dengan kangmasanom yach mau chatting ya kangmasanom
Acak-acak
Artikel Terbaru
Archives
Shoutbox

Holly Qur'an

Deteksi
Ada online

eXTReMe Tracker miniscu Center